26 September 2020, Saturday | 06:10am

Tak semua kena ujian calitan bila sekolah buka

BAGAN SERAI: Tidak semua guru dan murid perlu jalani ujian calitan COVID-19 apabila sesi persekolahan dibuka nanti, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Noor Azmi berkata, ujian calitan itu tidak diwajibkan ke atas semua dan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya mereka iaitu guru atau murid, tersenarai dalam kontak rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai gejala atau disahkan positif wabak COVID-19.

"Swab test ini tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang.

"Di Malaysia kita ada kira-kira 30 juta orang dan jika bekalan tak cukup, lagilah rakyat panik," katanya ditemui media selepas meninjau keadaan Masjid Jamek Kedai Dua, Kuala Kurau, di sini malam tadi.

Dalam kunjungan itu Noor Azmi meluluskan peruntukkan berjumlah RM25,000 untuk tujuan membaikpulih siling masjid berkenaan yang bermasalah.

Hadir sama, Pengerusi Masjid, Burhanuddin Salleh.

Tambahnya lagi pihak KKM tidak merangka sebarang SOP kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya sesi persekolahan dibuka sebaliknya SOP dirangka dan ditentukan sendiri oleh pihak kementerian berkenaan.

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian                       https://bit.ly/3eBSB4z