19 December 2018, Wednesday | 10:29am

Keputusan UPSR 23 November ini

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 23 November ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan itu di seluruh negara di 8,085 pusat pada tahun ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR menerusi MySMS 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 23 November ini hingga 6 petang 29 November.

Sumber: BHOnline