19 December 2018, Wednesday | 10:33am

14,150 Calon Duduki Peperiksaan SPM Ulangan Dari 13-15 Jun

KUALA LUMPUR - Seramai 14,150 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2016 dari 13 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 232 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara, dengan seramai 1,756 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

"Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik," menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA